Wednesday, October 13, 2010

1. Persahabatan adalah satu satunya pintu kebebasan kita.Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri sekali pun,tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat.Persahabatan yang jujur adalah salah satu tangga kenaikan
2. Supaya beroleh sahabat,hendaklah diri sendiri layak buat disahabati orang.
3. Sahabat mu suka pada mu, tetapi tidaklah tiap tiap orang yang suka kepada mu itu adalah sahabat mu.
4. Kesenangan hidup mu adalah memperbanyak teman,tetapi bukti persahabatan yang setia ialah diwaktu kesukaran.
5. Yang semulia mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat mu sebelum dikatakan.Dan perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.Serta bersahabatlah kerana Allah S.W.T.
6. Kalau mempunyai banyak sahabat, janganlah jadi sahabat untuk seorang sahaja.
7. Kalau sahabat mu tertawa,hendaklah dikatakan apa sebab dia senang , kalau sahabat mu menangis,engkau mesti periksa apa sebab dia susah.
8. Jika engkau memberi sesuatu pada sahabat mu,bererti memberikan kepada diri mu sendiri.
9. Bila orang telah merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia yang sanggup membuka matanya.
10. Teman yang 'berudang disebalik batu' adalah seumpama anjing ditepi jalan,yang ditujunya hanya tulang yang akan dilemparkan kepadanya,bukan tangan yang melemparkan tulang itu.







































tangisan demi tangisan tanpa henti .penyesalan serta persoalan tiada henti .jawapan yang dinanti tidak muncul .dia tertawa disamping keluarga untuk menyembunyikan segala keperitan,kedukaan serta kesedihan.Tetapi bila dia kesepian kenangan serta tangisan akan terungkai.Si dia insan keluarga yang sentiasa menceriakan kehidupan adiknya tetapi dia juga tidak mahu adiknya kesedihan.Nak menangis tak ada sapa dengar,nak meraung dikata gila.Hanya senyum penamatnya.Apabila kesabaran melawan keegoaan tiada peluang kesabaran itu menang.Ego tak bawa kita pada jalan penyelesaian tetapi merumit sesuatu persoalan itu.Jadi ketepikan ego bincang dan fikir supaya segala selesai tanpa persoalan.








































love my family & myselve .
tiada sahabat kehidupan tetap diharungi .




Suka?Ce comment sikit.Thanks :) !

No comments:

Post a Comment