Tuesday, January 18, 2011

Balik kampung

14 Januari 2010 adalah hari cuti buat Negeri Sembilan .Cuti sempena apa kawan kawan ?Cuti sempena Hari Keputeraan Yang Dipertua Negeri Sembilan laa kawan kawan .Oleh disebabkan cuti tiga hari mak telah memutuskan untuk balik kampung dengan Mak Aluh .Sampai kampung time maghrib tapi sebelum tu sempat singgah kejapp Sri Menanti cari 'satay' tapi tak jumpe pulak .Sesi jualan tu ada tapi tak ada pulak jual 'satay' .hihi :D .Mak kata tak apa laa esok kita cari yee .Sampai kampung tengok Mak Aluh dah sampai rumah .Lepas solat terus ke dapur tapi tukang bantu je laa .hihi .Makan pukul 10 pm tapi lepas makan masing masing bising lapar dan nak makan 'Char Kuew Teow' .Apalagi masing masing siap siap terus pergi Sri Menanti .Pusing punye pusing dekat Sri Menanti baru jumpa,bile dah jumpa adik nak 'Burger' pulak .Macam macam la adik aku seorang ini .haha .Balik buat air dan hidang terus berebut rebut makan,ini lapar punye pasal laa ini .Yang kelakarnya bila dah bahagi bahagikan ada tinggal sikit,berebut rebut yana dengan angah yana .haha :D .Tergelak wan tengok perangai cucu cucu eh .Malam nak TIDUR masing masing bersin dek habuk .Pastu yana dengan kyra bantai dok mencari line nak message .hihi :D .


Esok paginya tu masing masing bangun bersin lagi sebab sejuk kampung punya pasal .haha .macam macam betul kita orang ini .lepas solat duduk dulu tengok TV then tiba tiba mak siap siap nak pergi pasar sani .Yana apa lagi siap siap nak ikut .hihi .Saja nak mengedik ikut,lepas pergi pasar minum dekat Kedai Sidek dari kecil sampailah besar kalau balik kampung tak pernah miss minum dekat situ .Balik saja kampung terus lepak lepak dengan kyra .Borak punya borak rendang puyuh mak pun siap .Siap saja rendang mak,masing masing siap siap nak pergi jenguk Tok Ngah dengan Wan Ngah sebab hari tu Wan Ngah masuk hospital tak sempat nak jenguk .Borak punya borak dah pukul 2 pm kita orang pun minta diri nak balik sebab masing masing dah lapar terutama YANA laa sebab perut yana ini cepat sangat buat koir .hihi :D .Tapi Mak Aluh terus balik sebab ada kenduri .Petang tu kita orang pergi Kuala Pilah cari 'satay' .Pusing punya pusing jumpa dekat Bus Stand Kuala Pilah,dah beli terus balik sebab dah maghrib .Balik solat semua pastu makan 'satay' dengan yana satu family,wan dan Pak Su .Berebut rebut makan 'satay' tapi tukang menghabiskan 'satay' pak su laa sebab dia memang suke makan 'satay' .HAHA .Lepas isyak yana satu family balik Seremban balik .ayoyo maa sampai rumah terus online then tidur sebab penat :) .Missyou all my cousin !Bila nak buat Family Day ini ?hihi

Suka?Ce comment sikit.Thanks :) !

No comments:

Post a Comment