Saturday, February 26, 2011

Orang Belanja !

Hey follower .Sudah lama kan kan saya tak update ?Sebabnya saya sibuk dan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan .Cewahhhh alasan yang tak munasabah betul la .HAHA .Okayy balik pada title entry yana okayy .Salah seorang cousin yana telah dapat first gaji dia andd dia dah janji nak belanja satu keluarga belah mak dia makan steamboat .Dan dengan itu saya dan family support laa sikit .Mak ngah support ayam untuk panggang,family yana support udang,nasi tomato dan rumah penginapan .Wahh dah macam dekat hotel or resort pulak .hihi .My cousin si Keyra support apa apa yang berkenan dengan steamboat dengan ikan bakar .Menu nasi tomato memang LAKU laa kan .Tengok laa sapa chef dia kan,mak yana mana tak nya LAKU .HAHA .


Belah pagi masing masing sibuk pergi sekolah sebab ada sekolah ganti manakala yana ditugaskan untuk mop semua lantai,kemas bilik tetamu dan kemas ruang tamu untuk buat tahlil ringkas malam tu .Kemas punye kemas tepat pukul 1 mak balik .Mak balik jee terus start mengemas dapur then masak untuk kami makan tengah hari .Yana,keyra,abang dan adik pergi beli barang barang steamboat dekat Giant,Senawang .Bayangkan dari pagi sampai balik dari Giant baru laa yana dapat makan dalam pukul 3 lebih .Perhhh sumpah lapar !


Start lepas Asar mula laa my cousin cousin yang lain sampai .Orang first sampai mesti our VVIP then keyra andd family sampai sebab dia orang yang nak belanja kan .hihi .Then diikuti laa mak cik mak cik yana yang lain .Kami solat maghrib berjemaah then tahlil ringkas lepas sahaja tahlil solat jemaah isyak baru la bermula operasi bakar membakar .Makan besar laa malam tu .VVIP(our grandmother) makan sampai bertambah tambah laa dek kerana seronok tengok anak-anak dan cucu cicitnya makan .


VVIP dan cucunya Farish Irsyad :) .Budak kecik tu tak boleh duduk diam berlari,melompat,menjerit .Hyper active sangat budak kecik ini .Ganas wooo .HAHA
Menu paling famous malam tu Char Kueh Teow panass punye .Thanks pak teh sebab sponsor Char Kueh Teow malam tu .Memang terbaikk la wokk dah la panas sedapp pulak tu just pak teh lupa nak bawa cili jeruk jee .hihi .

 
Yang ini pulak orang kuat steamboat .Tukang bagi direction macam mana nak makan dia .Biasa laa ade orang tak tahu macam mana nak makan kan .Yang belanja my cousin keyra tu laa .Thanks darling <3 !
Yang ini pulak orang kuat bakar membakar ini tapi bukan dia sorang je ramai lagi .Tapi dia bertuah pulak malam tu sebab dapat jadi model malam tu .HAHA .
 
 
Yang ini pulak sesi menjawab teka teki yang dianjurkan oleh kami The girls .hihi .Aktiviti ini memang tak boleh miss dari aktiviti keluarga besar kami .Aktiviti ini diwajibkan sejak kami buat Hari Keluarga tahun lepas .Memang happening giler time ini .Yang kesiannya budak budak kecik menanti dengan penuh kesabaran untuk jawab dengan betul supaya dapat gula-gula dengan coklat .HAHA .Thanks semua sebab memberi kerjasama .

 
Kami The Girls yang always prepare the activity for our family .Walaupun dalam keadaan kelam kabut . Thanks guyss for everthing andd bagi kerjasama yang mantop ;) <3 <3 !




Suka?Ce comment sikit.Thanks :) !

Friday, February 18, 2011

Raja SMS vs Kelawar !

Hey follower !Okayy cuba baca balik tajuk yana tu .pelik kan ?Meh sini cheq nak cter pasal 2 umat yang ade dekat rumah ini .Ini dikirakan luahan hati la jugakk .HAHA .Mana tak nya kau orang bayangkan dekat rumah ini paling hott pasal 2 orang umat ini laa dan kadang kadang menyakitkan hati .


RAJA SMS !!

Ini la dia Si Raja SMS yang wujud dekat rumah yana .Aduhhh sangat susah nak nampak dia tak ber'sms' dalam satu hari tu .Kadang kadang tu kau orang bayangkan sampai ke toilet bawak masuk handphone .Dulu yana pernah buat jugak .hihi :D .Time time dilamun cinta sekali dua je lepas tu serik sebab takut handphone masuk kolah lagi .Tapi yana tengok Si Raja SMS ini selambe dekk je di bawak handphone kalau murah tak ape lah jugak .Kadang tu yana pelik jugak topup dia ini memanjang ada je rupa rupa nya dia ini paling KEDEKUT credit dengan family or kawan kawan except emergancy .Kau orang bayangkan sampai nak call adik sendiri pun misscall saje .Pernah sekali yana tak silap main balas balas misscall nak tengok dia mengalah ke tidak .Perhhhh alik alik yana yang terpaksa mengalah .Kurang hasam punye Si Raja SMS !Sabar je laa .Si RZA selalu ugut Si Raja SMS ini jangan sampai Si RZA baca semua sms dia .Masa mula mula Si RZA ugut dia ye ye laa yana percaya yang Si Raja SMS dah jarang sms sebab dah jarang nampak dia bertit tot tit tot .Sekali siasat punye siasat rupanya dia just buat silent mode jee .Hampeh punye Si Raja SMS !Kau orang bayangkan 24 hours ber'sms' mana tak memekak Si RZA tu .Naik rimas pulak aku mendengarnya .Time drive,makan,dalam toilet,tengok tv,bawak basikal fixie,bawak motor andd else .Heloo derr gua naik rimas pulak pandang .Gua pun selalu gak ber'sms' ini tapi tahu jugak erti letih .Aduiii payah la hang ini .Tangan dok lekat dengan handphone so memang payah laa nak tengok lagu ke gambar baru ke .Hey Si Raja SMS kalau ade pertandingan untuk orang macam lu ,gua rasa lu menang la braderrr .HAHA :)


KELAWAR !!

Yang ini pulak Si Kelawar yang tak kenal erti penat,letih or duduk diam .Yana naik letih tengok Si K ini .Mana tak nya setiap hari keluar ,kadang kadang dalam seminggu tu 6 hari tak ada rumah 1 hari je baru nampak batang hidung .Kalau 3 4 hari ada dekat rumah pun sebab sakit lutut laa,demam laa or duit TADO .HAHA .Sampai yana naik keliru laa mana satu siang mana satu malam .hihi :D .Perangai Si K yang paling yana RIMAS ,suka sangat pergi tah ke mana sampai ke lewat pagi buat Si RZA andd ZN risau jee .Ayoyo maa jangan kasi fening kepala orang laa .Kalau dia menghilang tanpa dikesan perhhh gua cakap sama lu pukul 6.00 pagi dah kecoh kelam kabut cari dia .Si Penanam Anggur(Yana) ini pulak jenis tidur pukul 3 4 pagi memang panasss je hati ini .Mana tak nya waktu mimpi yana diganggu dengan kekecohan yang melanda .Kalau dia hilang yana la orang pertama yang dicarinya .Yang Si E tu boleh rilexx lagi tidur .Si ZN laa selalu gegar bilik yana suruh cari Si K ini .Credit andd battery yana selalu jadi mangsa .Kesian kau handphone kita baru nak tidur dah kena kacau kan handphone .Tak apa nanti bila tuan yana beli baru punye handphone 'kau' boleh tidur puas puas eh .hihi :D .Okayy yana stop mengarut !Mula la tu 'ting tong' yana bermula .HAHA .Back to story .
Yana dengan gagah dan setianya pada Si K membantu laa Si ZN men-searching Si K tu .Kadang kadang alasan Si K tak balik or balik lambat buat yana double triple panasss je .Hang dah tahu tak balik bagi la tahu tak ada sapa nak halang hang derr .Hang kalau balik lambat hang bawak laa kunci rumah .Ini tidakk den jugakk jadi mangse tunggu Si K ini balik .Kadang kadang tu terpaksa laa buat full volume handphone ini sebab takut nanti dia balik den tak dengar dia call dan selalu jugak bangun terkezut dek bunyi yang nyaring tu .Arghhhhh !PERHATIAN PERHATIAN ,kepada kawan kawan Si K ini kalau nak ajak dia keluar dua je den minta ,suruh dia cakap dia nak pergi mana sekurang kurangnya dekat den andd suruh dia BAWAK KUNCI RUMAH !Den ponek nak nunggu si sekor ini.Lotih !Kalau belanja baju 2 3 pasang tak apa la jugak .Ini tidak,hampeh !!Suruh beli burger pun kadang kadang berkira tapi tak minta pulak duit tu balik .hihi :D .Sebab ape tau tak ?Sebab dia CEPAT LUPA !
Handphone Si K ini pun suka letak merata rata nanti mula dok bising tanye kita mana 'kekasih hati' dia tu .Kadang den jemm je ,mana tak nya tak sampai 3 minit dia pegang handphone tu pastu letak tah kat mana boleh lupo !Osah laa POLUPO !Kadang tu handphone gua jadi mangsa kawan kawan dia call .Den ini dah macam PA dia pulak .Ambuiii ambuii ambui banyak cantek muka hang !Tapi tak apa  laa atas kerana yana setia yana tak kisah .HAHA .Ayat tak boleh blaa .
Satu lagi perangai dia ini ,suka sangat SHOPPING .Macam perempuan betul .Tapi Si K ini lain sikit .Kalau shopping diam diam tak nak habak !KEDEKUT punye K !hihi :D .Dah macam macam jenis andd colour baju ada dekat rumah ini .Asal balik jee tupp tupp bawa balik beg plastic Al-Ikhsan laa,F.O.S laa,JJ laa .Banyak lagi laa .Tapi paling banyak Al-Ikhsan laa .Ambuii kaya nya hang !Kalau minta belanja astaghar alasan Si K boleh masuk DEBAT FORUM pun !Yang ini buat yana jem jee dengan dia .Mana tak angin ,den ini nak kata shopping ?Keluar rumah pun jarang hang tau tak !Sabar je laa ye yana :))))))

Ha habek kau kisah 2 umat ini je buat yana leka dok menaip atas kerana dah terasa penat tangan ini .So that's all for this entry .Kawan kawan yang terlibat ingat ingat la pesan yana .Lotih acik tau tak !HAHA .See you at next entry .Daaaa .Salam ;) .

Suka?Ce comment sikit.Thanks :) !

Wednesday, February 16, 2011

JPJ test !

Hey guys :( .Kalau tengok animation tu so dapat agak laa kan my JPJ test suck !DAMN !!Mana tak nya mana yang dia pangkah tu semua sama je dekat orang 'KANDAS' hari ini .Perhhh angin gua .Uncle tu cakap biase la benda ni dah biase berlaku .huh !So atas sebab 'KANDAS' ape lagi yana terpaksa la REPEAT balik .Sabar je laa ye .Okay laa for this entry malas nak tulis panjang panjang .Entry ini buat yana bosan .HAHA .Bukan bosan tapi sebenarnya bengang .hihi :D .Thanks for spend your time to read my blogg ;) .
Suka?Ce comment sikit.Thanks :) !

Saturday, February 12, 2011

Small Gathering !

Hey guyss yana nak story about my Chinese New Year Vacationn ;) .Kita orang buat vacation ini dekat TNB Resort at Port Dickson .It's happen in 3 days 2 night ;) with Mak Ngah family,Pok Uda,Keyra(wakil family Mak Aluh) andd Farid(wakil family Mak Cik) .HAHA .Kelakar laa bila pergi holiday pun ada hantar wakil macam nak pergi meminang pulak .


First day:
Mak ngah check-in tengah hari but family yana andd keyra check-in petang .Kau orang bayangkan yana pakai baju kurung,sweater,gloves andd stokin sebab sejuk punya pasal .Kau bayangkan balik dah macam orang dalam pantang pulak .HAHA .Then,malam itu menu kita orang Steamboat .Wowwww memang teruja bila dengar tapi sayangnya yana tak dapat nak join prepare itu semua sebab demam panas ya amat sampai bertuam dekat dahi ini .So terPAKSA laa makan ubat sebab nak enjoy dgn vacation ini .hihi ;) .Mak cakap kalau makan steamboat panas panas ini memang bagus andd cepat sikit sihat .Memang menjadi betul apa yang mak cakap .Lepas makan steamboat itu memang sihat tapi tak sepenuhnya laa .Nanti yana selitkan gambar sikit eh ;) .Lepas makan malam kita orang merayap dekat hotel .Ingat nak karaoke tapi system karaoke rosak pulak .HAHA .It's okayy lepak lepak with them i'm so happy andd appreciate that's moment .Time to sleep ;) .hihi

Steamboat Night ;)
Second day:
Okayy hari kedua yang dinanti nantikan .sebab ?hihi .Kita orang sebenarnya nak terjun kolam andd laut jee .nak terjun semalam tak dapat sebab 1 hari hujan .DAMN !Sampai demam demam yana dibuatnya :) .Tak silap pukul 10 lebih laa kita orang terjun kolam .Abang terjun awal sebab dia orang pergi laut dulu .Ada kejadian berlaku,masa kita orang mandi tiba-tiba hujan renyai renyai orang jaga kolam tu terus tutup .OMG !hujan tu renyai halus halus kott .Last last orang tu kena marah dgn orang yang menginap dekat situ .Padan muka !Dia punya syarat kena pakaii baju putih,tak boleh pakai baju colour colour,tak boleh BERTUDUNG .Yang memang kena maki laa dengan aku tapi DALAM HATI jee .HAHA .Melampau !Okayy siang makan tengah hari self-service .HAHA .Petang kita orang spend time dekat indoor game .Meriah indoor game dibuatnya kami dengan gelak tawa kita orang jee dok main Football Table tu .Malam itu pulak ada BBQ .Perhhh hari dan malam yang indah dan terbaikk wokkk .Sangat seronok .Miss that moment :') .

 
Game yang menjadi mangse kita orang .HAHA :D .

 
 
BBQ night's andd Anniversary Day .Love it <3 !

Last Day:
Pagi itu macam biase mereka terjun kolam tapi kami yang perempuan ini tak terjun sebab tak tahan sejuk .Tapi hari tu matahari terpancar membuatkan rugi pulak tak terjun .Tapi tak apa laa insyaAllah lain hari ada rezeki .hihi :D .Kita orang tak mandi tapi dok sibuk click sana sini lepas tu makan then 'cuba' main ping pong .Tapi my parents more than pro then we'll .HAHA .Before masing masing desperate nak ke haluan masing masing tengah hari itu kami singah makan kari kepala ikan .Perhhhh terbaik wokk !Kenyang kami dibuatnya,alhamdulillah holiday ini sangat bermakna walaupun tak semua dapat join the club .hihi :D .

 
 

That's all for this entry .Hopefully next holiday kita berkumpul lagi yee .Dan kali ini minta minta laa tak demam lagi .hihi :D .See you at next entry ;) .Love you <3 !!

Suka?Ce comment sikit.Thanks :) !

Monday, February 7, 2011

I'm Sorry


Hey guyss .Yana minta maaf sebab dah lame tak update blogg .My last entry on 26 January 2011 .Wowww lamanya tak update blogg .HAHA .


1.Yana sibuk habiskan lesen motor andd ada class kereta
2.Sibuk pergi bercuti dengan BIG FAMILY yana(big sangat ke ?HAHA..nanti yana story)
3.Blogg ini buat hal pulak
4.Sebab yana sibuk habiskan baca novel(baru 2 buah jee.HAHA..nak novel BARU !)
5.Sebab kemalasan untuk menaip 
6.Kepala hotak ini asyik pikir pasal RESULT(arggghhhh !)
7.Ada cerita tapi tak tahu nak story macam mana(ahaha :D)
8.Lappy 2 3 hari lepas sibuk digunakan oleh my bro andd mum nak buat kerja mereka ;)
9.Sibuk main game(yana memang kadang kadang budak budak sikit :D)
10.Yana sibuk menaikkan berat badan(ahahahaha :D)


Dalam banyak banyak alasan dekat atas tu no 10 buat yana tergelak besar .Memang itu mission yana lepas sekolah .Nak naikkan berat badan .Berat badan dalam 50kg cukup laa .HAHA .Alasan no 6 buat yana nervous andd pening sangat .Kau orang doakan yang terbaik untuk yana okayy ;) .Thanks guys .I'm sorry follower sebab dah lama tak update blogg .Blogg yana memang bosan sikit so kalau rasa tak nak follow blogg ini .It's okayy darling ;) .hihi



Happy andd smile always =)




Suka?Ce comment sikit.Thanks :) !