Saturday, February 26, 2011

Orang Belanja !

Hey follower .Sudah lama kan kan saya tak update ?Sebabnya saya sibuk dan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan .Cewahhhh alasan yang tak munasabah betul la .HAHA .Okayy balik pada title entry yana okayy .Salah seorang cousin yana telah dapat first gaji dia andd dia dah janji nak belanja satu keluarga belah mak dia makan steamboat .Dan dengan itu saya dan family support laa sikit .Mak ngah support ayam untuk panggang,family yana support udang,nasi tomato dan rumah penginapan .Wahh dah macam dekat hotel or resort pulak .hihi .My cousin si Keyra support apa apa yang berkenan dengan steamboat dengan ikan bakar .Menu nasi tomato memang LAKU laa kan .Tengok laa sapa chef dia kan,mak yana mana tak nya LAKU .HAHA .


Belah pagi masing masing sibuk pergi sekolah sebab ada sekolah ganti manakala yana ditugaskan untuk mop semua lantai,kemas bilik tetamu dan kemas ruang tamu untuk buat tahlil ringkas malam tu .Kemas punye kemas tepat pukul 1 mak balik .Mak balik jee terus start mengemas dapur then masak untuk kami makan tengah hari .Yana,keyra,abang dan adik pergi beli barang barang steamboat dekat Giant,Senawang .Bayangkan dari pagi sampai balik dari Giant baru laa yana dapat makan dalam pukul 3 lebih .Perhhh sumpah lapar !


Start lepas Asar mula laa my cousin cousin yang lain sampai .Orang first sampai mesti our VVIP then keyra andd family sampai sebab dia orang yang nak belanja kan .hihi .Then diikuti laa mak cik mak cik yana yang lain .Kami solat maghrib berjemaah then tahlil ringkas lepas sahaja tahlil solat jemaah isyak baru la bermula operasi bakar membakar .Makan besar laa malam tu .VVIP(our grandmother) makan sampai bertambah tambah laa dek kerana seronok tengok anak-anak dan cucu cicitnya makan .


VVIP dan cucunya Farish Irsyad :) .Budak kecik tu tak boleh duduk diam berlari,melompat,menjerit .Hyper active sangat budak kecik ini .Ganas wooo .HAHA
Menu paling famous malam tu Char Kueh Teow panass punye .Thanks pak teh sebab sponsor Char Kueh Teow malam tu .Memang terbaikk la wokk dah la panas sedapp pulak tu just pak teh lupa nak bawa cili jeruk jee .hihi .

 
Yang ini pulak orang kuat steamboat .Tukang bagi direction macam mana nak makan dia .Biasa laa ade orang tak tahu macam mana nak makan kan .Yang belanja my cousin keyra tu laa .Thanks darling <3 !
Yang ini pulak orang kuat bakar membakar ini tapi bukan dia sorang je ramai lagi .Tapi dia bertuah pulak malam tu sebab dapat jadi model malam tu .HAHA .
 
 
Yang ini pulak sesi menjawab teka teki yang dianjurkan oleh kami The girls .hihi .Aktiviti ini memang tak boleh miss dari aktiviti keluarga besar kami .Aktiviti ini diwajibkan sejak kami buat Hari Keluarga tahun lepas .Memang happening giler time ini .Yang kesiannya budak budak kecik menanti dengan penuh kesabaran untuk jawab dengan betul supaya dapat gula-gula dengan coklat .HAHA .Thanks semua sebab memberi kerjasama .

 
Kami The Girls yang always prepare the activity for our family .Walaupun dalam keadaan kelam kabut . Thanks guyss for everthing andd bagi kerjasama yang mantop ;) <3 <3 !




Suka?Ce comment sikit.Thanks :) !

No comments:

Post a Comment