Saturday, July 16, 2011

Say "thank you" :)

Bila seseorang itu hadir ketika kita dalam kesedihan dan memerlukan,ianya amat bermakna buat kita.Tetapi lebih bermakna buat kita bila seseorang itu hadir dengan membuat kita tersenyum,tergelak dan tenang dahulu baru bertanyakan "Kenapa?".Kerana dengan senyuman segala yang pedih dan sedih akan lenyap untuk seketika.Walaupun senyuman itu seperti tidak ikhlas ketika itu tetapi ianya masih dianggap ikhlas kerana senyuman itu dengan sendirinya terukir di bibir kita biarpun masih berbaki air mata ini menitis.Dan dengan cara ini mungkin kita akan lebih mudah dan tenang untuk bercerita walaupun perkara itu pedih buat kita.Tetapi kita jangan lupa akan kehadiran mereka buat kita.Lancarkan lidah kita untuk berkata terima kasih pada mereka yang telah hadir buat kita walaupun hanya seketika.


"Every time we remember to say “thank you”, we experience nothing less than heaven on earth."

Suka?Ce comment sikit.Thanks :) !

1 comment:

  1. hargailah mereka ketika masih ada, :)

    btw im following ur blog dear :)

    come visit mine : belogcintasaya.blogspot.com

    ReplyDelete